UJIAN KOMPETENSI ICT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH) Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan ujian kompetensi ICT kepada pegawai perkhdmatan pendidikan (guru dan pentadbir sekolah) akan dilaksanakan bermula September hingga November secara berfasa berdasarkan surat KP(BPG)9203/5/1/3(40) bertarikh 20 September 2013 dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM 2013-2015)

Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:
26 Sep – 02 Oct 2013 – Perlis, Perak dan Melaka

03 Oct – 08 Oct 2013 – Kelantan, Terengganu dan Pahang

09 Oct – 16 Oct 2013 – P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur

17 Oct – 22 Oct 2013 – Negeri Sembilan dan Johor

23 Oct – 31 Oct 2013 – Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor

Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!

Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG ‘BACK’ di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG ‘SETERUSNYA’ BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
 4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.

Makluman: 
* Sekiranya mempunyai masalah semasa “Log Masuk” sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

 
 
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Close
Selamat Datang & Terima Kasih Kerana Mengunjungi
LAMAN WEB RASMI SEK. KEB. CHUPING
Page FB Rasmi SKC
NOTIS HAKCIPTA: Hakcipta Laman Web Rasmi SK Chuping dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan SK Chuping kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada SK Chuping.